Menu
Putera_William,_Duke_Cambridge Kemanusiaan Dan Alam SekitarWilliam mula memeberi kesedaran terhadap HIV / AIDS pada pertengahan 1990-an, apabila ibu beliau mula mengambil kedua anaknya untuk melawat tempat perlindungan dan klinik bagi mereka yang menghidap penyakit ini. Pada bulan Januari 2005, William dan adiknya telah menjadi sekarelawan di sebuah pusat pengedaran bantuan British Red Cross untuk membungkus bekalan kecemasan bagi negara-negara yang terjejas oleh tsunami 2004. Kemudian, pada bulan September, William diberi naungan ke Centrepoint, sebuah badan amal yang membantu mereka yang tiada tempat tinggal. Semasa ibunya menjadi penaung Centrepoint, William telah menemaninya melawat ke ibu pejabat dan projek.
William juga bekerja dalam unit kanak-kanak di The Royal Marsden Hospital selama dua hari dalam tahun 2005, serta membantu dalam penyelidikan perubatan, katering, dan dana jabatan. Pada tahun yang sama, beliau menghabiskan masa selama dua minggu di Utara Wales dengan pasukan penyelamat. Putera itu juga menjadi penaung Tusk Trust pada Disember 2005, sebuah badan amal yang bekerja ke arah pemuliharaan hidupan liar dan memulakan pembangunan masyarakat, termasuk menyediakan pendidikan, di seluruh Afrika.
Pada bulan Mac 2011, Duke dan Duchess menubuhkan dana hadiah yang diadakan oleh Yayasan Putera William dan Putera Harry membenarkan mereka yang mahu memberikan Duke dan Duchess hadiah perkahwinan sebaliknya menderma wang kepada badan amal. Dana hadiah itu disokong oleh 26 badan amal pilihan pasangan itu, menggabungkan angkatan tentera, kanak-kanak, orang tua, seni, sukan dan pemuliharaan.
Menu
Putera_William,_Duke_Cambridge Kemanusiaan Dan Alam SekitarBerkaitan
Puteri Balqis Puteri Gunung Ledang (filem 2004) Puteri Sarah Liyana Putera Philip, Duke Edinburgh Puteri Aishah Puteri Khareeza Puteri Gunung Ledang Puteri Santubong Putera Harry, Duke Sussex Puteri (siri animasi)Rujukan
WikiPedia: Putera_William,_Duke_Cambridge http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://www.dukeandduchessofcambridge.org http://isni.org/isni/0000000367648998 http://www.centrepoint.org.uk/content/view/54/41/ https://nla.gov.au/anbd.aut-an49861308 https://aleph.nkp.cz/F/?func=find-c&local_base=aut... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb13513638q https://data.bnf.fr/ark:/12148/cb13513638q https://www.idref.fr/050444875 https://id.loc.gov/authorities/names/n83035580